Resepi Ayam Goreng Berempah
Pengenalan
Ayam goreng berempah merupakan improvisasi
daripada ayam goreng. Pelbagai jenis rempah digunakan untuk rasa dan bau yang
kuat dan penuh berperisa. Hidangan biasanya menjadi kegemaran kanak-kanak dan
golongan remaja.
Resepi
ayam goreng berempah ini pada mulanya diciptai oleh masyarakat Barat pada sekitar 1990-an.
Resepi ini disebarkan oleh penduduk Scotland dan Amerika Syarikat. Ayam goreng menjadi popular
semasa zaman kezaliman pemerintah Amerika Syarikat ke atas golongan Afrika
–Amerika. Ayam goreng menjadi makanan utama golongan hamba tersebut pada suatu
ketika dahulu.
Apabila
resepi ini tersebar ke masyarakat timur, penduduk India, melayu dan Indonesia
terutamanya mengimprovisasi resepi tersebut dengan menambahkan rempah-ratus.
Dengan ini, hidangan ayam goreng berempah menjadi semakin terkenal di Asia.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
·
1 sudu besar penuh gula
pasir
·
½ sudu kecil aji
·
Minyak masak secukupnya
·
Penapis gorengan
berdawai halus
·
½ ekor ayam saiz besar
·
1 ½ sudu kecil garam
Bahan
Kisar yang Diperlukan
1)
1 biji bawang besar
2) 4 ulas bawang putih
3) 1 ½
inci halia
4) 1 ½
inci lengkuas
5) 4 batang serai (potong 6 bahagian)
6) 1 sudu kecil serbuk kunyit
7) 1 sudu besar rempah ketumbar biji
8) ½ sudu besar rempah jintan manis biji
9) ½ sudu kecil rempah jintan putih biji
Cara-cara
1) Ayam dipotong beberapa bahagian, cuci bersih dan tos.
2)
Kisar bahan kisar di atas dengan blender kering. ( Jangan blend terlalu
lama)
3) Selepas blend, goncang dan pusing bekas
blender.
4) Gaulkan ayam yang telah dipotong dengan bahan
kisar tadi
5) Perapkan selama 30 minit-1 jam
6)
Panaskan minyak dan masukkan ayam satu per satu ke dalam kuali
7)
Gunakan api yang sederhana dan kacau sedikit.
8) Terbalikkan ayam setelah sebelahnya sudah garing
9) Tapiskan minyak di dalam kuali setelah semua ketulan
ayam sudah garing.
10) Tambah bahan kisar dan goreng lagi
11)
Hidangkan ayam goreng berempah yang telah siap dimasak.
Ayam
goreng berempah ala biryani juga boleh disediakan dengan mudah mengikut resepi
ini.
Bahan-bahan
·
1/2 sudu besar serbuk
cili
·
sedikit air sejuk
·
1 sudu kicap pekat
·
1 sudu asam jawa
·
garam dan gula
·
7 batang serai
·
6 biji bawang merah
·
1.5 inci halia
·
1/2 inci lengkuas
·
5 ulas bawang putih
·
1 ekor ayam saiz
sederhana
·
2 tangkai daun kari
·
2 sudu besar tepung
jagung
·
2 sudu besar rempah
beriani
·
1 sudu besar rempah
kari daging
·
1/2 sudu makan serbuk
kunyit
Cara-cara
1) Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas.
2) Perapkan untuk 1 jam
3) Sediakan
minyak untuk goreng
4) Apabila
sudah cukup panas, goreng ayam hingga masak
5) Hidangkan bersama nasi biriyani untuk keenakan
yang terserlah tetapi nasi biasa pun sudah mencukupi.
Untuk menambah rasa manis dalam ayam
gireng berempah, anda boleh mencuba ayam goreng berempah madu yang merupakan
resepi improvisasi untuk menambah kemanisan ayam goreng berempah.
Bahan-bahan
·
1 sudu besar garam
·
2 sudu besar madu
·
2 sudu besar kicap
pekat
·
Garam secukup rasa
·
2-3 sudu besar tepung
beras
·
1 ekor ayam, potong 4
bahagian
·
1 biji lemon, jus
Bahan-bahan
kisar
·
1/2 inci kunyit hidup
·
3 batang serai, hiris
halus
·
2 biji buah keras
·
1/2 sud teh lada hitam
·
3 sudu besar santan
pekat)
·
2 sudu besar ketumbar
·
1 sudu teh jintan kasar
·
1 sudu teh jintan halus
·
3 bawang putih
Cara-cara
1) Ayam direbus selama 15 minit
2)
Tos dan sejukkan
3)
Stok ayam disimpan untuk kegunaan kemudian nanti.
4)
Ayam tadi letak dalam satu bekas.
5)
Satukan madu, kicap dan bahan kisar halus pada ayam
5)
Tambah garam secukup rasa.
6)
Perap selama 12 jam dalam peti sejuk.
7)
Panaskan minyak untuk goreng
8) Tabur tepung beras pada ayam tadi, gaul rata
dan goreng hingga ayam masak
9)
Keluarkan dan sejukkan.
10) Hidangkan
Hidangan ini mesti dicuba oleh semua orang
kerana hidangan ini amat senang untuk disediakan. Tambahan pula, rasanya juga
tidak akan megecewakan. Ayam goreng berempah boleh dihidangkan dengan nasi
lemak dan nasi biriyani. Kombinasi tersebut sempurna untuk seisi keluarga,
terutamanya kanak-kanak. Ayam goreng berempah juga boleh dimakan begitu sahaja
tanpa nasi atau sos cili kerana rempah dan serdaknya cukup untuk memuaskan
selera anda.
Selamat
mencuba.