Monday 23 June 2014

Resepi Ayam Goreng Berempah


Resepi Ayam Goreng Berempah





Pengenalan

 
 Ayam goreng berempah merupakan improvisasi daripada ayam goreng. Pelbagai jenis rempah digunakan untuk rasa dan bau yang kuat dan penuh berperisa. Hidangan biasanya menjadi kegemaran kanak-kanak dan golongan remaja.

 

Resepi ayam goreng berempah ini pada mulanya diciptai oleh masyarakat Barat pada sekitar 1990-an. Resepi ini disebarkan oleh penduduk Scotland dan  Amerika Syarikat. Ayam goreng menjadi popular semasa zaman kezaliman pemerintah Amerika Syarikat ke atas golongan Afrika –Amerika. Ayam goreng menjadi makanan utama golongan hamba tersebut pada suatu ketika dahulu.

 

Apabila resepi ini tersebar ke masyarakat timur, penduduk India, melayu dan Indonesia terutamanya mengimprovisasi resepi tersebut dengan menambahkan rempah-ratus. Dengan ini, hidangan ayam goreng berempah menjadi semakin terkenal di Asia.

 


Bahan-Bahan Yang Diperlukan

 

·       1 sudu besar penuh gula pasir

·       ½ sudu kecil aji

·       Minyak masak secukupnya

·       Penapis gorengan berdawai halus

·       ½ ekor ayam saiz besar

·       1 ½ sudu kecil garam

 

Bahan Kisar yang Diperlukan

1) 1 biji bawang besar

2)  4 ulas bawang putih

3)  1 ½  inci halia

4)  1 ½  inci lengkuas

5)   4 batang serai (potong 6 bahagian)

6)  1 sudu kecil serbuk kunyit

7)  1 sudu besar rempah ketumbar biji

8)  ½ sudu besar rempah jintan manis biji

9)  ½ sudu kecil rempah jintan putih biji


Cara-cara

 

 1) Ayam dipotong beberapa bahagian,  cuci bersih dan  tos. 

2)  Kisar bahan kisar di atas dengan blender kering. ( Jangan blend terlalu lama)

3)   Selepas blend, goncang dan pusing bekas blender.

4)   Gaulkan ayam yang telah dipotong dengan bahan kisar tadi

5)   Perapkan selama 30 minit-1 jam

6)  Panaskan minyak dan masukkan ayam satu per satu ke dalam kuali

7)  Gunakan api yang sederhana dan kacau sedikit.

8)   Terbalikkan ayam setelah  sebelahnya sudah garing

9)   Tapiskan minyak di dalam kuali setelah semua ketulan ayam sudah garing.

10)  Tambah bahan kisar dan goreng lagi

11)  Hidangkan ayam goreng berempah yang telah siap dimasak.



Ayam goreng berempah ala biryani juga boleh disediakan dengan mudah mengikut resepi ini.

 

Bahan-bahan

·       1/2 sudu besar serbuk cili

·       sedikit air sejuk

·       1 sudu kicap pekat

·       1 sudu asam jawa 

·       garam dan gula

·       7 batang serai 

·       6 biji bawang merah

·       1.5 inci halia

·       1/2 inci lengkuas

·       5 ulas bawang putih

·       1 ekor ayam saiz sederhana

·       2 tangkai daun kari

·       2 sudu besar tepung jagung

·       2 sudu besar rempah beriani

·       1 sudu besar rempah kari daging

·       1/2 sudu makan serbuk kunyit



Cara-cara

1)    Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas.

2)    Perapkan untuk 1 jam

3)   Sediakan minyak untuk goreng

4)   Apabila sudah cukup panas, goreng ayam hingga masak

5)    Hidangkan bersama nasi biriyani untuk keenakan yang terserlah tetapi nasi biasa pun sudah mencukupi.


Untuk menambah rasa manis dalam ayam gireng berempah, anda boleh mencuba ayam goreng berempah madu yang merupakan resepi improvisasi untuk menambah kemanisan ayam goreng berempah.

 

Bahan-bahan

·       1 sudu besar garam

·       2 sudu besar madu

·       2 sudu besar kicap pekat

·       Garam secukup rasa

·       2-3 sudu besar tepung beras

·       1 ekor ayam, potong 4 bahagian

·       1 biji lemon, jus



Bahan-bahan kisar

·       1/2 inci kunyit hidup

·       3 batang serai, hiris halus

·       2 biji buah keras

·       1/2 sud teh lada hitam

·       3 sudu besar santan pekat)

·       2 sudu besar ketumbar

·       1 sudu teh jintan kasar

·       1 sudu teh jintan halus

·       3  bawang putih


 

Cara-cara


1) Ayam direbus selama 15 minit

2)  Tos dan sejukkan

3)  Stok ayam disimpan untuk kegunaan kemudian nanti.

4)  Ayam tadi letak dalam satu bekas.

5)  Satukan madu, kicap dan bahan kisar halus pada ayam

5)  Tambah garam secukup rasa.

6)  Perap selama 12 jam dalam peti sejuk.

7)  Panaskan minyak untuk goreng

8)   Tabur tepung beras pada ayam tadi, gaul rata dan goreng hingga ayam masak

9)   Keluarkan dan sejukkan.

10)  Hidangkan

 

 Hidangan ini mesti dicuba oleh semua orang kerana hidangan ini amat senang untuk disediakan. Tambahan pula, rasanya juga tidak akan megecewakan. Ayam goreng berempah boleh dihidangkan dengan nasi lemak dan nasi biriyani. Kombinasi tersebut sempurna untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak. Ayam goreng berempah juga boleh dimakan begitu sahaja tanpa nasi atau sos cili kerana rempah dan serdaknya cukup untuk memuaskan selera anda.

Selamat mencuba.